Total Pageviews

Capal Followers

March 16, 2013

Semangat Yang Baru

Bismillahirrahmanirrahim 

Pembuka bicara.

Sudah lama aku tak meng ‘update’ blog , dah penuh ngan sarang labah-labah nampaknya..haha.. Hari ini tergerak di hati aku untuk menyambung semula penulisan yang tak berapa nak ‘creative’ni. Mungkin disebabkan bosan dan terdetik dalam hati ini untuk berkongsi segala pendapat dan pengalaman aku, bak kata pepatah inggeris ‘sharing is caring’…ye dop? Huhu.. Kali ini, aku akan cuba menjadikan setiap entry yang aku tulis lebih menarik dan matang. Perkara pertama yang aku inginkan perubahan di blog aku ini, ialah tidak mecilok ide-ide dari blogger-blogger yang lain dan mempunyai motif yang tersendiri.

Pengalaman.

Kalau ikutkan dah sebulan 3 hari aku berada di muka bumi Surabaya, Indonesia. Nak tau sebab apa? Mungkin ramai yang dah tau sebabnya, alhamdulillah aku terpilih untuk mewakili Fakulti Kejuruteraan Pembuatan sebagai ‘exchange student’ bersama 9 pelajar yang lain. Salah satu angan-angan aku tercapai juga; nak belajar kat overseas. Yelah, mana taknye… Jeles tengok kawan-kawan satu sekolah dulu, habis SPM terus sambung belajar kat overseas… nak merasa juga jadi pelajar luar negara kan.. Syukur kepada Allah, semua ini adalah ketentuan Ilahi, kita merancang Allah yang menentukan. Okay, nak tau kisah kehidupan aku di bumi Surabaya tak? Meh sini cek habaq kat hang.. 6.2.2013 saat aku menjejakkan kaki di Surabaya. Seriusly aku rasa pening sikit sebab ‘first time’ naik flight. Haha..jakun la kata kan.. di sambut oleh buddyz kami dan dalam perjalanan ke Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), kami disajikan dengan ayam sos manis. Rasanya sedap dan daebak (y). Kami di tempatkan di asrama mahasiswa, tingkat atas sekali wok… dah lama tak duduk kat tempat tinggi melainkan sem 1 dan sem 2 dulu. 1 bilik 2 orang dan disediakan bilik air, 2 meja study, katil double decker, 2 locker. Cuma asrama kami ni jauh sangat ngan department kitorang, dalam 20-30 minit.. Jauh sebab kitorang jalan kaki . Kat sini tak da bas macam kat UTeM tu. Overall kawasan ITS ni sangatlah luas dan besar, sampai hari ni aku tak habis jajah lagi. Haha.. baru 2 basikal je kami ada, tu pun atas sumbangan rakan-rakan buddyz kami. Bolehlah kalu nak keluar gi kedai beli barang, tak penat sikit naik basikal.

 Tempat menarik 

 10.2.2013 kami bersama-sama pelajar international yang lain dibawa oleh International Office(I.O) ke Wisata Bahari Lamongan (WBL). Perjalanan memakan masa 2 jam dari ITS ke WBL. Kat WBL ni ada Zoo Maharani dan theme park. Aku dapat main 2 game je, lepas naik Speedy lift terus pening ngan muntah. Opss.. kantoi..haha.. First and last naik benda alah tu..hoho
 

Akhir bicara.

Aku rasa cukup setakat ni dulu, dah sejam aku tulis untuk entry kali ni. Cukup-cukup sudah... Banyak bende lagi tak cerita, aku sambung kat entry yang kedua nanti. Sebarang teguran atau cadangan untuk aku memperbaiki tulisan aku di blog ini, adalah sangat-sangat dialukan. Bukan senang nak jadi penulis, so aku memang perlukan guide dari yang berpengalaman. Apa-apa pung, gomawo pada sesiapa yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa ni. Sebagai penutup, nah layan lagu ni.

https://www.youtube.com/watch?v=Oe_31PHPZio


12 March 2013 
0830 
Asrama Mahasiswa ITS

No comments:

Post a Comment