Total Pageviews

Capal Followers

June 27, 2011

Novel Sejarah Islam

Salam...

Hari ini aku nak berkongsi tentang novel sejarah Islam yang aku telah baca,walaupun tak banyak tapi ingin juga berkongsi...

Sebelum bercerita mengenai novel-novel ni,eloklah jika kita kenal dulu penulis yang banyak memberi sumbangan dalam menghasilkan novel sejarah-sejarah Islam ni..
Abdul Latib Talib

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.  Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005.  Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Ok,buat masa sekarang ini,aku baru ada 4 sahaja koleksi karya Abdul Latib Talib.
Antaranya ialah Salahudin Ayubi,Abu Ubaidah,Khalid al-Walid dan yang terbaru Sultan Muhammad Al Fateh.







Semalam baru selesai baca tentang Sultan Muhammad Al Fateh.
Sedikit sinopsis saya sertakan bersama.

Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. 
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.


Kejayaan Sultan Muhammad telah membuktikan hadis Rasulullah S.A.W. yang maksudnya: 
Konstantinopel (Instanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”  riwayat Imam Ahmad. 


Dalam umurnya yang muda iaitu 21 tahun,beliau telah berjaya menawan Kota Konstantinopel@Istanbul.
Beliau telah membuktikan umur tiada penghalang bagi menegakkan syariaat Islam.


Jadi kesimpulannya,kita haruslah mencontohi Sultan Muhammad Al Fateh,apa gunanya jika usia yang muda tak digunakan dengan sebaiknya.
Fikir-fikirkan dan renungkan:)


P/S: 
Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat,perbanyakkan membaca tentang sejarah -         sejarah Islam.



2 comments: