Total Pageviews

Capal Followers

August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

Salam...

Alhamdulillah,puji pujian kepada Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hari ini semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah s.w.t di dalam bulan Ramadhan antaranya:

Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada keharuman bau kasturi
Para malaikat memohon keampunan bagi orang yang berpuasa hinggalah ia berbuka.
Setiap hari Allah menghiasi syurga-Nya sambil berfirman yang bermaksud: "Hampirlah ketibaan hambaku yang salih kepada engkau, setelah berpenat lelah dan bersusah payah mereka berpuasa". (Hadith Qudsi)
Syaitan-syaitan dibelenggu.
Pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup
Pada bulan Ramadan terdapat malam lailatul qadar, dimana kebaikannya melebihi daripada 1000 bulan.
Allah mengampunkan dosa orang berpuasa pada akhir malam bulan Ramadan.

Allah melepaskan seseorang daripada azab api neraka pada setiap malam dari bulan Ramadan.


Bulan Ramadhan juga,adalah dikenali sebagai bulan Tarbiyah,dimana dalam bulan inilah kita melatih diri kita menahan nafsu.Masyarakat kini kurang menghayati erti ramadhan yang sebenar,mereka lebih kepada berpuasa hanya untuk menahan nafsu makan dan minum.Di dalam bulan ramadhan inilah kita patut melatih diri, dengan menjaga pandangan,percakapan,tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa,tidak mengumpat serta memperbanyakkan amalan-amalan sunat.

Waktu yang digemari kebiasaannya mestilah semasa berbuka puasa iaitu dengan juadah makanan yang digemari dan sedap-sedap belaka,tapi janganlah jadikan waktu berbuka puasa itu sebagai pesta makan dengan makan sebanyak-banyaknya tetapi berbukalah dengan penuh kesyukuran.Di ingatkan janganlah kita terlalu ghairah membeli makanan di bazar ramadhan,berpada-pada dengan kemampuan supaya tidak berlaku pembaziran.
Jadikan ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

Selamat beramal dan salam ramadhan dari hamba Allah ini:)
Jom layan video dari AnwarHadi featuring AimanAzlan